AsiaNet 0200130 TOKYO, 7 Mei, 2024 /Kyodo JBN/ -- - Menyokong Penubuhan Rantaian Bekalan Global yang Berdaya Tahan sebagai Tindak Balas kepada Risiko Geopolitik - Yamato Holdings Co., Ltd., yang beribu pejabat di Tokyo, telah melancarkan satu perkhidmatan pengangkutan pelbagai mod antarabangsa dengan trak dan rel yang menghubungkan Asia Tenggara dan Eropah pada 1 Mei, 2024. Logo: https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M106587/202404249931/_prw_PI1fl_17kUqzDz.jpg 1. Latar Belakang dan Tujuan Rantau Asia Tenggara adalah sebuah hab untuk kemudahan pengeluaran bagi produk yang berkaitan dengan elektronik dan komponen automotif daripada pelbagai negara di seluruh dunia. Barangan siap dihantar dari rantau itu ke pasaran di seluruh dunia. Dari segi sejarah, laluan maritim yang paling pendek -- laluan Terusan Suez – telah kebanyakannya digunakan untuk mengangkut barangan dari Asia Tenggara ke pasaran Eropah. Bagaimanapun, sejak akhir tahun 2023, serangan bersenjata ke atas kapal-kapal oleh kumpulan militan di Laut Merah dan perairan bersebelahannya telah berterusan. Akibatnya, banyak kapal terpaksa mengambil laluan yang lebih panjang di sekitar Tanjung Harapan di Afrika Selatan, yang memberi kesan yang ketara kepada aspek logistik dan ekonomi global. Masa transit ke destinasi telah dilanjutkan sehingga 20 hari berbanding dengan laluan Terusan Suez, yang membawa kepada peningkatan ketara di dalam kadar pengangkutan maritim dan kos insurans akibat daripada lencongan tersebut. Selain itu, risiko geopolitik telah menjadi lebih ketara, sekali gus menekankan keperluan kritikal untuk mewujudkan satu rantaian bekalan global yang teguh yang boleh menyesuaikan diri dengan pantas. Yamato Holdings telah membantu pelanggan membina rantaian bekalan global mereka merentasi 24 buah negara dan wilayah. Tambahan pula, syarikat kumpulan mereka, Overland Total Logistic Services (M) Sdn. Bhd. di Malaysia telah menyediakan perkhidmatan pengangkutan trak rentas sempadan dengan menggunakan treler kontena di antara negara-negara Asia Tenggara (*) dan China sejak tahun 2001. Untuk membina sebuah rantaian bekalan global yang berdaya tahan di antara Asia Tenggara dan Eropah, Yamato Holdings telah memperkenalkan satu perkhidmatan pengangkutan pelbagai mod antarabangsa melalui trak dan rel pada 1 Mei, 2024. Pilihan pengangkutan baharu itu menawarkan kesambungan yang lancar bagi pelanggan. Melangkah ke hadapan, syarikat itu akan terus mencadangkan penyelesaian yang mengoptimumkan keseluruhan rantaian bekalan global pelanggan, dengan menyasarkan pengurangan keseluruhan kos logistik, peningkatan kecekapan pengeluaran dan pengurangan kesan alam sekitar. (*) Singapura, Malaysia, Thailand, Laos, Vietnam dan Kemboja 2. Gambaran Keseluruhan Perkhidmatan Dengan menggunakan rangkaian pengangkutan trak Overland Total Logistic Services untuk segmen Asia Tenggara-China dan bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan rel untuk segmen China-Eropah, Yamato Holdings akan menyediakan pengangkutan yang lancar melalui destinasi penghantaran. Penyelesaian ini mempunyai masa transit yang lebih pendek daripada pengangkutan maritim melalui Tanjung Harapan, dan kos yang lebih rendah serta pelepasan gas rumah hijau yang lebih sedikit berbanding dengan pengangkutan udara. Contoh Aliran Perkhidmatan: Pengangkutan Pelbagai Mod Antarabangsa dari Thailand ke Jerman Imej: https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M106587/202404249931/_prw_PI2fl_pCOk6x48.jpg - Tarikh Bermulanya Perkhidmatan: 1 Mei, 2024 - Kawasan Liputan Perkhidmatan: Asia Tenggara (Singapura, Malaysia, Thailand, Laos, Vietnam dan Kemboja) ke Eropah (tidak termasuk Ukraine dan Belarus) sehingga ke destinasi penghantaran yang ditetapkan. - Kaedah Pengangkutan: Pajakan kontena atau penghantaran yang disatukan berdasarkan kepada jumlah kargo. Rujukan: Laluan Pengangkutan Asia Tenggara ke Eropah https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M106587/202404249931/_prw_PI3fl_P4nIbG34.jpg Sumber: Yamato Holdings Co., Ltd.
0 Comments
KFSH&RC DIIKTIRAF SEBAGAI JENAMA PENJAGAAN KESIHATAN PALING BERNILAI DI ARAB SAUDI DAN TIMUR TENGAH5/6/2024 RIYADH, Arab Saudi, 6 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- KFSH&RC berada di kedudukan teratas sektor penjagaan kesihatan di Kerajaan Arab Saudi dan Timur Tengah, mengiktirafnya sebagai jenama penjagaan kesihatan paling bernilai di rantau ini bagi tahun yang kedua. Berdasarkan laporan Brand Finance 2024, KFSH&RC berada di tempat ke-9 di Arab Saudi dan di tempat ke-28 di Timur Tengah. Selain itu, KFSH&RC menyerlah sebagai satu-satunya hospital di dunia yang diiktiraf sebagai jenama sepuluh teratas paling bernilai negaranya.
Laporan Brand Finance menunjukkan nilai jenama KFSH&RC telah meningkat sebanyak 31%, melebihi 5.6 bilion Riyal Arab Saudi, yang bersamaan dengan USD 1.5 bilion. Nilai ini meningkat hasil daripada komitmen teguh yang telah berikan oleh hospital dalam menggabungkan teknologi dan rawatan perubatan terkini, serta menyediakan penjagaan perubatan khusus yang mematuhi standard antarabangsa terkini. Mengimbas pada pengiktirafan global KFSH&RC, En. Muhannad Kadi, Ketua Pegawai Komunikasi Korporat & Pemasaran, berkata, “Pencapaian ini mencerminkan dedikasi hospital dalam mencapai standard kualiti paling tinggi dan menyediakan penjagaan kesihatan yang mengagumkan, serta nilai penting yang telah KFSH&RC diberikan kepada benefisiarinya”. Beliau menekankan bahawa kedudukan hospital yang berada di sepuluh teratas jenama paling bernilai di Arab Saudi bukan sahaja mempamerkan keberkesanan hospital, tetapi juga impak positif transformasi yang berterusan dalam sektor penjagaan kesihatan Kerajaan. Sepanjang tahun lalu, KFSH&RC telah mencapai beberapa perkembangan penting yang telah memberikan sumbangan besar kepada kekuatan dan reputasi jenamanya. Perkembangan ini termasuk menjalankan empat eksperimen penemuan baharu dalam perubatan angkasa lepas, melakukan pemindahan hati secara robotik sepenuhnya yang pertama di dunia dan melancarkan perkhidmatan analisis penjujukan seluruh genom pesat yang tersedia untuk semua benefisiari. Tambahan lagi, KFSH&RC telah meraikan kejayaan rawatan pesakit leukemia limfoblastik 100 sel-T, bukti kepada keupayaan perubatan lanjutan dan dedikasi terhadap penjagaan pesakit. Selaras dengan Visi 2030 Arab Saudi dan program transformasinya yang telah diperkenalkan oleh Duli Yang Teramat Mulia, Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi—yang bertujuan untuk memperkukuh kedudukan global Kerajaan dan memantapkan kedudukannya sebagai hab penjagaan kesihatan—KFSH&RC telah diiktiraf sebagai Pusat Perubatan Akademik teratas di Timur Tengah dan Afrika. Ia juga berjaya meraih tempat ke-20 secara global bagi dua tahun berturut-turut, pada tahun 2023 dan 2024, berdasarkan laporan Hospital 250 Teratas Global Brand Finance. Selain itu, KFSH&RC telah berada di kedudukan 250 teratas dalam Hospital Terbaik di Dunia oleh Majalah Newsweek. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi: En. Essam Al-Zahrani, Pemangku Ketua Bahagian Hal Ehwal Media, 0555254429 En. Abdullah Alown, Penyunting Kanan Hal Ehwal Media, 0556294232 Sumber: King Faisal Specialist Hospital & Research Centre --BERNAMA NPCI INTERNATIONAL BEKERJASAMA DENGAN BANK NAMIBIA UNTUK MENGGUNAKAN TINDANAN UPI INDIA DI NAMIBIA5/6/2024 MUMBAI, India, 6 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NPCI International Payments Limited (NIPL), cabang antarabangsa National Payments Corporation of India (NPCI), telah menandatangani perjanjian dengan Bank Namibia (BoN) untuk menyokong organisasi berkenaan dalam membangunkan sistem pembayaran segera seperti Antara Muka Pembayaran Disatukan (Unified Payment Interface - UPI) untuk Namibia.
Kerjasama ini menandakan lonjakan strategik ke arah mengukuhkan infrastruktur kewangan Namibia dan memupuk pertumbuhan ekonomi yang terangkum. Dengan memanfaatkan teknologi dan pengalaman daripada UPI India, perkongsian itu berusaha membantu Namibia memodenkan ekosistem kewangan negara itu. Ini termasuk menambah baik kebolehcapaian, kemampuan, ketersambungan dengan kedua-dua rangkaian pembayaran domestik dan antarabangsa, serta saling kendali. Perkongsian strategik ini bertujuan untuk meningkatkan perkhidmatan kewangan digital dan mengukuhkan transaksi pembayaran Individu-ke-Individu (P2P) dan Saudagar (P2M) pada masa nyata di negara Afrika. Ciri keselamatan teguh yang wujud dalam platform UPI bukan sahaja berjanji menyemai keyakinan dalam kalangan pengguna dan pihak berkepentingan tetapi juga memastikan kebolehskalaan untuk kemajuan teknologi dan permintaan pasaran masa depan. Melalui kerjasama ini, BoN akan memperoleh akses kepada teknologi dan cerapan terbaik seumpamanya daripada NIPL, membolehkan penciptaan platform serupa di Namibia untuk kebajikan digital warganegara di sana. Johannes !Gawaxab, Yang Berhormat Gabenor Bank Namibia, berkata, “Objektif kami ialah meningkatkan kebolehcapaian dan kemampuan untuk penduduk yang kurang diberikan perkhidmatan, mencapai saling kendali instrumen pembayaran sepenuhnya menjelang tahun 2025, memodenkan sektor kewangan dan memastikan keselamatan dan Sistem Pembayaran Negara yang cekap. Usaha ini, sejajar dengan Rancangan Strategik Bank serta Visi dan Strategi NPS 2025, yang secara sengaja menggunakan pendekatan diterajui bank pusat bagi meminimumkan kos infrastruktur untuk institusi kewangan, dengan itu memastikan kelestarian dan kemampuan penyelesaian pembayaran segera untuk pengguna akhir. Sistem ini menyasar untuk menghubungkan individu, perniagaan dan entiti kerajaan di seluruh Namibia, termasuk pembayaran geran sosial, membolehkan interaksi ekonomi yang lebih cekap dan menyokong pertumbuhan keusahawanan digital.” Bercakap mengenai perkongsian, Ritesh Shukla, Ketua Pegawai Eksekutif, NPCI International, berkata, “Kami berbangga dapat berganding bahu dengan Bank Namibia untuk membolehkan penggunaan sistem pembayaran masa nyata seperti UPI di Namibia untuk Kebaikan Awam Digital warganegara tersebut. Kami amat teruja dengan perkongsian ini, yang akan membolehkan warganegara Namibia melakukan transaksi serta-merta dengan memanfaatkan teknologi dan pengalaman daripada UPI India. Dengan mengaktifkan teknologi ini, negara akan memperoleh kedaulatan dalam landskap pembayaran digital dan terus memperoleh manfaat daripada saling kendali pembayaran yang dipertingkat dan akses kewangan yang lebih baik untuk penduduk yang kurang diberikan perkhidmatan. Ini juga akan memastikan kebolehskalaan dan kebolehsuaian untuk menerima kemajuan teknologi dan permintaan pasaran masa depan, dengan itu mendorong kemakmuran ekonomi di rantau ini.” Sebaik sahaja dilancarkan, platform ini akan memudahkan transaksi digital di Namibia, memacu keterangkuman kewangan dan mengurangkan pergantungan tunai dengan memenuhi keperluan penduduk yang kurang diberikan perkhidmatan. Usaha kerjasama ini bertujuan menawarkan perkhidmatan kewangan yang penting dan berpatutan kepada semua, dengan tumpuan khusus kepada sektor luar bandar dan tidak formal. Untuk butiran lanjut tentang NPCI International, sila klik di sini Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/53971411/en Individu untuk Dihubungi Untuk Pertanyaan Media: [email protected] Tel: +91 22 4050 8500 Sumber: NPCI International Payments Limited --BERNAMA DALLAS, 3 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mary Kay Inc., jenama kecantikan global yang terkenal dengan komitmen terhadap pemerkasaan dan keusahawanan wanita, amat teruja untuk mengumumkan bahawa produk tersebut kini akan dijual di Denmark. Langkah strategik ini menandakan pencapaian penting dalam misi Mary Kay untuk memperkaya kehidupan wanita di seluruh dunia. Selaras dengan pelancaran ini, produk Mary Kay kini boleh didapati di semua pasaran Scandinavia dan Nordic melalui kerjasama dengan Lesley Cosmetics, pengedar sah Mary Kay di Scandinavia. Denmark, yang terkenal dengan tumpuan yang kuat kepada kesaksamaan jantina dan hak wanita, berdiri sebagai satu daripada masyarakat paling egalitarian di dunia, menduduki tempat ketiga di Kesatuan Eropah (EU) dalam Indeks Kesaksamaan Jantina1. Permintaan negara untuk peluang berinovatif bagi wanita sentiasa ada. Ketersediaan produk Mary Kay di pasaran Denmark menjanjikan tawaran prospek baharu yang menarik untuk keusahawanan dan pemerkasaan wanita melalui model perniagaan unik syarikat. Presiden Mary Kay bagi rantau Eropah, Tara Eustace menyuarakan keterujaan beliau tentang pengenalan produk Mary Kay ke negara baharu. “Pengembangan ke Denmark bukan sahaja mewakili strategi pertumbuhan yang menakjubkan di Eropah tetapi ini juga mengesahkan komitmen kami untuk memberikan peluang yang tiada tandingannya kepada wanita bagi tujuan pemerkasaan dan keusahawanan. Kami teruja untuk bekerjasama dengan Lesley Cosmetics bagi memperkenalkan wanita Denmark kepada produk berkualiti tinggi kami dan peluang perniagaan Mary Kay yang unik. Bersama-sama, kami berharap dapat membina komuniti perunding kecantikan bebas yang kuat di Denmark dan menyokong mereka dalam mencapai matlamat masing-masing.” mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18111 DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 2 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- One Za’abeel, pembangunan penggunaan bercampur ikonik yang dibangunkan oleh ICD (Perbadanan Pelaburan Dubai), dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran The Offices, ruang pejabat korporat berlesen ultra-mewah di One Za’abeel Tower. Pejabat Gred-A ini dijangka menjadi alamat perniagaan utama Dubai, menarik organisasi global dan tempatan dengan dwipelesenan uniknya untuk syarikat berdaftar Zon Bebas Pusat Dagangan Dunia Dubai (DWTC FZ) dan juga syarikat berdaftar di bawah tanah besar.
One Za’abeel terdiri daripada dua bangunan pencakar langit, One Za’abeel Tower dan One Za’abeel The Residences, yang dihubungkan oleh The Link, sebuah bangunan julur sepanjang 230m yang tergantung 100 meter di atas tanah. Bentuk unik pembangunan penggunaan bercampur, ditambah pula dengan lokasinya yang strategik, mendapat jolokan “Pintu Gerbang ke Daerah Pusat Perniagaan Dubai.” The Offices menempati 17 tingkat di One Za’abeel Tower dan meliputi kawasan keseluruhannya seluas 280,000 kaki persegi. Dibina dengan fokus kepada kelestarian, pembangunan itu menunjukkan kecekapan alam sekitar dan piawaian kelestarian teladan serta mencapai pensijilan LEED Gold pada bulan Disember 2023. mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18108 |