SAN JOSE, California, 7 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Terkenal dengan kebolehan dalam transformasi digital dan penyelesaian kejuruteraan, ATMECS Global dengan bangganya mengumumkan bahawa organisasi ini telah menyertai Rangkaian Rakan NVIDIA sebagai Penasihat Penyelesaian Perunding. Pencapaian ini adalah langkah penting dalam perjalanan ATMECS untuk menentukan semula landskap kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin, memperkukuh komitmen kepada inovasi dan keunggulan dalam penyampaian penyelesaian kecerdasan buatan generasi seterusnya.
ATMECS akan menyokong pelanggan dalam membina dan melaksanakan pelbagai penyelesaian yang dikuasakan oleh NVIDIA, ini termasuk melalui penggunaan platform pembangunan NVIDIA Omniverse untuk kembar digital industri, kecerdasan buatan generatif dengan mikroperkhidmatan inferens NVIDIA NIM dan platform NVIDIA AI Enterprise untuk penempatan awan dan di premis, serta platform NVIDIA Jetson untuk peningkatan pinggiran kecerdasan buatan dan robotik. Lori Banas, Ketua Pegawai Kecerdasan Buatan dan Pembelajaran Mesin di ATMECS, berkongsi kegembiraan beliau tentang pengumuman ini, menyatakan, "Kami sangat berbesar hati untuk bekerjasama dengan NVIDIA, yang mencerminkan komitmen kami untuk memanfaatkan kuasa transformasi Kecerdasan Buatan dan Pembelajaran Mesin. Kami berhasrat untuk membuka peluang baharu dan menyampaikan penyelesaian kecerdasan buatan terkini yang mendorong transformasi perniagaan dan mencipta kelebihan kompetitif bagi pelanggan kami." Kerjasama dengan NVIDIA memberikan ATMECS peluang untuk bekerja kepada pakar subjek dan pelbagai teknologi kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin, termasuk Unit Pemprosesan Grafik (GPU) yang terkini, rangkaian berkadar tinggi dan platform perisian yang komprehensif. Portfolio alat dan kepakaran NVIDIA ini memberi kuasa kepada ATMECS untuk membentuk dan melaksanakan penyelesaian kecerdasan buatan canggih yang menawarkan pelbagai kes penggunaan di seluruh industri, daripada media dan hiburan hingga penjagaan kesihatan, kewangan, runcit dan pembuatan. Ravi Velagapudi, Pengasas dan Presiden ATMECS menyatakan, “Dengan NVIDIA, kami bukan hanya merangkul masa depan kecerdasan buatan; kami secara aktif akan membentuk kecerdasan buatan, mencipta nilai yang tiada tandingannya bagi pelanggan dan industri di seluruh dunia." Dengan kecerdasan buatan, pelanggan ATMECS dapat mengubah cara mereka beroperasi dan berinovasi, memberikan keunggulan yang belum pernah ada di pasaran kecerdasan buatan yang berdaya saing. Dengan mengintegrasikan teknologi terkini daripada NVIDIA dan kepakaran luas ATMECS dalam bidang kecerdasan buatan dan transformasi digital, kerjasama ini dijangka akan memberikan penyelesaian yang bukan sahaja memajukan proses perniagaan bahkan juga mencipta nilai yang besar bagi pelanggan. "Kerjasama dengan NVIDIA ini akan meningkatkan cadangan nilai kami dan juga berfungsi sebagai pemangkin untuk memelihara dan memperluaskan kelompok bakat kami, seiring dengan visi pertumbuhan kami," kata Ketua Pegawai Eksekutif ATMECS, Gayathri Malolan. Pengumuman ini memperlihatkan keazaman ATMECS untuk mendorong transformasi perniagaan dan menyampaikan nilai yang luar biasa melalui kecerdasan buatan, menetapkan standard industri baharu dan mendorong gelombang keunggulan teknologi dan inovasi yang memberi manfaat kepada pelanggan dan industri mereka secara lebih luas. Untuk maklumat lanjut tentang perkhidmatan dan inisiatif kecerdasan buatan ATMECS, sila layari www.atmecs.com. Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/53971471/en Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. Butiran Hubungan Lori Banas- Ketua Pegawai Kecerdasan Buatan dan Pembelajaran Mesin [email protected] [email protected] Sumber: ATMECS Global --BERNAMA
0 Comments
KYOTO, Jepun, 7 Mei., 2024 /Kyodo JBN/ --
OMRON Healthcare Co., Ltd. yang berpangkalan di Muko di Wilayah Kyoto, Jepun, mengumumkan untuk menjadi penaja rasmi bagi Bulan Pengukuran Mei (MMM,) satu kempen global untuk meningkatkan kesedaran tentang pemeriksaan tekanan darah dan menggalakkan pencegahan, pengesanan dan pengawalan hipertensi. MMM telah ditubuhkan oleh Persatuan Hipertensi Antarabangsa pada tahun 2017, dan sejak itu Syarikat berkenaan telah mengambil bahagian di dalam kempen global ini. Sejumlah terkumpul kira-kira 26,000 alat pemantau tekanan darah telah didermakan kepada 100 buah negara dan wilayah, menyokong lebih 6 juta orang secara keseluruhan untuk mengambil tekanan darah mereka setakat ini. 17 Mei ditetapkan sebagai Hari Hipertensi Sedunia, dan terdapat pelbagai acara yang dianjurkan oleh persatuan dan jawatankuasa serantau di seluruh dunia. Melalui inisiatif ini, Syarikat itu menyokong pengukuran tekanan darah di dalam pesakit hipertensi dan pengesanan awal bagi fibrilasi atrium, yang dianggap sebagai satu aritmia yang boleh mengancam nyawa. Logo: https://kyodonewsprwire.jp/img/202404229813-O1-KVQG0oC5 Tekanan darah turun naik sepanjang hari sebagai tindak balas kepada pelbagai faktor seperti suhu, kelembapan, dan faktor fizikal termasuk tekanan. Oleh itu, adalah penting untuk memantau tekanan darah di rumah selain pemeriksaan kesihatan yang kerap di kemudahan perubatan. Satu kajian mendapati tekanan darah tinggi dianggarkan menyebabkan lebih 10 juta kematian di seluruh dunia pada setiap tahun. Satu lagi kajian di Jepun menunjukkan bahawa 40% pesakit hipertensi tidak menyedari simptom mereka atau membiarkan mereka tidak dirawat walaupun mereka menyedari keadaan itu (*1). Jika hipertensi dibiarkan tanpa dirawat, ia boleh menyebabkan peningkatan risiko penyakit jantung/otak yang mengancam nyawa seperti strok dan kegagalan jantung. Sebaliknya, pengesanan awal dan pengurusan yang betul didapati dapat mencegah jenis penyakit ini daripada berkembang. Matlamat OMRON untuk menyertai kempen ini adalah untuk meningkatkan kesedaran pemantauan tekanan darah di rumah dan pengesanan awal penyakit. Pada tahun 2024, kempen MMM itu bermula dari 1 Mei hingga 31 Julai yang diadakan bersempena dengan Hari Hipertensi Sedunia pada 17 Mei dan satu kempen saringan global akan berlangsung untuk lebih 1 juta orang yang berumur 18 tahun ke atas. Bagi mereka yang melawat tapak acara, satu siri nasihat profesional, termasuk terapi berkhasiat, penambahbaikan gaya hidup dan pengurusan tekanan darah, akan disediakan dan ujian untuk mengukur tahap risiko fibrilasi atrium tersedia jika mereka inginkannya. Fibrilasi atrium adalah penyebab paling biasa bagi strok kardioembolik dan boleh menjadi sumber bagi embolisme otak kardiogenik. Penyelidikan menunjukkan bahawa pesakit hipertensi mempunyai insiden fibrilasi atrium tiga kali lebih tinggi daripada orang biasa (*2). Pada tahun ini, Syarikat itu akan menderma 3,200 set alat pemantau tekanan darah lengan atas (BPM), termasuk satu model baharu dengan ECG terbina dalam yang membolehkan pengguna merakam ECG sambil memantau tekanan darah mereka dengan tujuan menyokong pengesanan awal fibrilasi atrium pada pesakit hipertensi. Syarikat itu telah menyokong kempen pengukuran tekanan darah di rumah di seluruh dunia untuk mencapai visi mereka iaitu Melangkah ke SIFAR (sifar penyakit serebrovaskular dan kardiovaskular). OMRON akan terus terlibat di dalam aktiviti meningkatkan kesedaran untuk pengukuran tekanan darah di rumah dan rakaman ECG bagi menyokong pengesanan awal risiko penyakit kardiovaskular. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web berikut: https://maymeasure.org/ Nota: (*1) Garis Panduan Persatuan Hipertensi Jepun untuk Pengurusan Hipertensi (JSH 2019) (*2) Senoo K, Yukawa A, Ohkura T, et al. Pemeriksaan untuk fibrilasi atrium yang tidak dirawat di dalam populasi warga tua: Satu kajian berasaskan komuniti. Pizzi C, ed. PLoS ONE.2022;17(6):e0269506. Sumber: OMRON Healthcare Co., Ltd. --BERNAMA KFSH&RC DIIKTIRAF SEBAGAI JENAMA PENJAGAAN KESIHATAN PALING BERNILAI DI ARAB SAUDI DAN TIMUR TENGAH5/6/2024 RIYADH, Arab Saudi, 6 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- KFSH&RC berada di kedudukan teratas sektor penjagaan kesihatan di Kerajaan Arab Saudi dan Timur Tengah, mengiktirafnya sebagai jenama penjagaan kesihatan paling bernilai di rantau ini bagi tahun yang kedua. Berdasarkan laporan Brand Finance 2024, KFSH&RC berada di tempat ke-9 di Arab Saudi dan di tempat ke-28 di Timur Tengah. Selain itu, KFSH&RC menyerlah sebagai satu-satunya hospital di dunia yang diiktiraf sebagai jenama sepuluh teratas paling bernilai negaranya.
Laporan Brand Finance menunjukkan nilai jenama KFSH&RC telah meningkat sebanyak 31%, melebihi 5.6 bilion Riyal Arab Saudi, yang bersamaan dengan USD 1.5 bilion. Nilai ini meningkat hasil daripada komitmen teguh yang telah berikan oleh hospital dalam menggabungkan teknologi dan rawatan perubatan terkini, serta menyediakan penjagaan perubatan khusus yang mematuhi standard antarabangsa terkini. Mengimbas pada pengiktirafan global KFSH&RC, En. Muhannad Kadi, Ketua Pegawai Komunikasi Korporat & Pemasaran, berkata, “Pencapaian ini mencerminkan dedikasi hospital dalam mencapai standard kualiti paling tinggi dan menyediakan penjagaan kesihatan yang mengagumkan, serta nilai penting yang telah KFSH&RC diberikan kepada benefisiarinya”. Beliau menekankan bahawa kedudukan hospital yang berada di sepuluh teratas jenama paling bernilai di Arab Saudi bukan sahaja mempamerkan keberkesanan hospital, tetapi juga impak positif transformasi yang berterusan dalam sektor penjagaan kesihatan Kerajaan. Sepanjang tahun lalu, KFSH&RC telah mencapai beberapa perkembangan penting yang telah memberikan sumbangan besar kepada kekuatan dan reputasi jenamanya. Perkembangan ini termasuk menjalankan empat eksperimen penemuan baharu dalam perubatan angkasa lepas, melakukan pemindahan hati secara robotik sepenuhnya yang pertama di dunia dan melancarkan perkhidmatan analisis penjujukan seluruh genom pesat yang tersedia untuk semua benefisiari. Tambahan lagi, KFSH&RC telah meraikan kejayaan rawatan pesakit leukemia limfoblastik 100 sel-T, bukti kepada keupayaan perubatan lanjutan dan dedikasi terhadap penjagaan pesakit. Selaras dengan Visi 2030 Arab Saudi dan program transformasinya yang telah diperkenalkan oleh Duli Yang Teramat Mulia, Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi—yang bertujuan untuk memperkukuh kedudukan global Kerajaan dan memantapkan kedudukannya sebagai hab penjagaan kesihatan—KFSH&RC telah diiktiraf sebagai Pusat Perubatan Akademik teratas di Timur Tengah dan Afrika. Ia juga berjaya meraih tempat ke-20 secara global bagi dua tahun berturut-turut, pada tahun 2023 dan 2024, berdasarkan laporan Hospital 250 Teratas Global Brand Finance. Selain itu, KFSH&RC telah berada di kedudukan 250 teratas dalam Hospital Terbaik di Dunia oleh Majalah Newsweek. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi: En. Essam Al-Zahrani, Pemangku Ketua Bahagian Hal Ehwal Media, 0555254429 En. Abdullah Alown, Penyunting Kanan Hal Ehwal Media, 0556294232 Sumber: King Faisal Specialist Hospital & Research Centre --BERNAMA NPCI INTERNATIONAL BEKERJASAMA DENGAN BANK NAMIBIA UNTUK MENGGUNAKAN TINDANAN UPI INDIA DI NAMIBIA5/6/2024 MUMBAI, India, 6 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NPCI International Payments Limited (NIPL), cabang antarabangsa National Payments Corporation of India (NPCI), telah menandatangani perjanjian dengan Bank Namibia (BoN) untuk menyokong organisasi berkenaan dalam membangunkan sistem pembayaran segera seperti Antara Muka Pembayaran Disatukan (Unified Payment Interface - UPI) untuk Namibia.
Kerjasama ini menandakan lonjakan strategik ke arah mengukuhkan infrastruktur kewangan Namibia dan memupuk pertumbuhan ekonomi yang terangkum. Dengan memanfaatkan teknologi dan pengalaman daripada UPI India, perkongsian itu berusaha membantu Namibia memodenkan ekosistem kewangan negara itu. Ini termasuk menambah baik kebolehcapaian, kemampuan, ketersambungan dengan kedua-dua rangkaian pembayaran domestik dan antarabangsa, serta saling kendali. Perkongsian strategik ini bertujuan untuk meningkatkan perkhidmatan kewangan digital dan mengukuhkan transaksi pembayaran Individu-ke-Individu (P2P) dan Saudagar (P2M) pada masa nyata di negara Afrika. Ciri keselamatan teguh yang wujud dalam platform UPI bukan sahaja berjanji menyemai keyakinan dalam kalangan pengguna dan pihak berkepentingan tetapi juga memastikan kebolehskalaan untuk kemajuan teknologi dan permintaan pasaran masa depan. Melalui kerjasama ini, BoN akan memperoleh akses kepada teknologi dan cerapan terbaik seumpamanya daripada NIPL, membolehkan penciptaan platform serupa di Namibia untuk kebajikan digital warganegara di sana. Johannes !Gawaxab, Yang Berhormat Gabenor Bank Namibia, berkata, “Objektif kami ialah meningkatkan kebolehcapaian dan kemampuan untuk penduduk yang kurang diberikan perkhidmatan, mencapai saling kendali instrumen pembayaran sepenuhnya menjelang tahun 2025, memodenkan sektor kewangan dan memastikan keselamatan dan Sistem Pembayaran Negara yang cekap. Usaha ini, sejajar dengan Rancangan Strategik Bank serta Visi dan Strategi NPS 2025, yang secara sengaja menggunakan pendekatan diterajui bank pusat bagi meminimumkan kos infrastruktur untuk institusi kewangan, dengan itu memastikan kelestarian dan kemampuan penyelesaian pembayaran segera untuk pengguna akhir. Sistem ini menyasar untuk menghubungkan individu, perniagaan dan entiti kerajaan di seluruh Namibia, termasuk pembayaran geran sosial, membolehkan interaksi ekonomi yang lebih cekap dan menyokong pertumbuhan keusahawanan digital.” Bercakap mengenai perkongsian, Ritesh Shukla, Ketua Pegawai Eksekutif, NPCI International, berkata, “Kami berbangga dapat berganding bahu dengan Bank Namibia untuk membolehkan penggunaan sistem pembayaran masa nyata seperti UPI di Namibia untuk Kebaikan Awam Digital warganegara tersebut. Kami amat teruja dengan perkongsian ini, yang akan membolehkan warganegara Namibia melakukan transaksi serta-merta dengan memanfaatkan teknologi dan pengalaman daripada UPI India. Dengan mengaktifkan teknologi ini, negara akan memperoleh kedaulatan dalam landskap pembayaran digital dan terus memperoleh manfaat daripada saling kendali pembayaran yang dipertingkat dan akses kewangan yang lebih baik untuk penduduk yang kurang diberikan perkhidmatan. Ini juga akan memastikan kebolehskalaan dan kebolehsuaian untuk menerima kemajuan teknologi dan permintaan pasaran masa depan, dengan itu mendorong kemakmuran ekonomi di rantau ini.” Sebaik sahaja dilancarkan, platform ini akan memudahkan transaksi digital di Namibia, memacu keterangkuman kewangan dan mengurangkan pergantungan tunai dengan memenuhi keperluan penduduk yang kurang diberikan perkhidmatan. Usaha kerjasama ini bertujuan menawarkan perkhidmatan kewangan yang penting dan berpatutan kepada semua, dengan tumpuan khusus kepada sektor luar bandar dan tidak formal. Untuk butiran lanjut tentang NPCI International, sila klik di sini Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/53971411/en Individu untuk Dihubungi Untuk Pertanyaan Media: [email protected] Tel: +91 22 4050 8500 Sumber: NPCI International Payments Limited --BERNAMA DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 2 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- One Za’abeel, pembangunan penggunaan bercampur ikonik yang dibangunkan oleh ICD (Perbadanan Pelaburan Dubai), dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran The Offices, ruang pejabat korporat berlesen ultra-mewah di One Za’abeel Tower. Pejabat Gred-A ini dijangka menjadi alamat perniagaan utama Dubai, menarik organisasi global dan tempatan dengan dwipelesenan uniknya untuk syarikat berdaftar Zon Bebas Pusat Dagangan Dunia Dubai (DWTC FZ) dan juga syarikat berdaftar di bawah tanah besar.
One Za’abeel terdiri daripada dua bangunan pencakar langit, One Za’abeel Tower dan One Za’abeel The Residences, yang dihubungkan oleh The Link, sebuah bangunan julur sepanjang 230m yang tergantung 100 meter di atas tanah. Bentuk unik pembangunan penggunaan bercampur, ditambah pula dengan lokasinya yang strategik, mendapat jolokan “Pintu Gerbang ke Daerah Pusat Perniagaan Dubai.” The Offices menempati 17 tingkat di One Za’abeel Tower dan meliputi kawasan keseluruhannya seluas 280,000 kaki persegi. Dibina dengan fokus kepada kelestarian, pembangunan itu menunjukkan kecekapan alam sekitar dan piawaian kelestarian teladan serta mencapai pensijilan LEED Gold pada bulan Disember 2023. mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18108 |